Giliran Kenin tarik diri dari Terbuka AS

Iklan
Sofia Kenin. - Foto AFP

JUARA Grand Slam, Sofia Kenin mengesahkan pemain berusia 22 tahun itu menarik diri dari kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas didapati positif Covid-19.

Keputusan Kenin yang juga juara Terbuka Australia 2020 itu menyaksikannya menuruti langkah beberapa nama besar seperti Serena Williams, Roger Federer, Rafael Nadal dan Simona Halep yang tidak mengambil bahagian kejuaraan di New York tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya menulis perkhabaran ini dengan perasan kecewa apabila disahkan positif Covid-19 bergejala ringan biarpun telah divaksinasi. Dan saya sekali lagi positif Covid-19, selepas menjalani ujian dan saya ingin mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam kejuaraan pada minggu depan.

"Jadinya, saya merancang baki masa yang ada ini untuk kembali sihat seperti biasa, selain melakukan persiapan lebih rapi untuk kejuaraan seterusnya.

Iklan

"Terima kasih kerana anda sentiasa menyokong saya. Saya ucapkan selamat maju jaya buat semua pemain yang mengambil bahagian di Terbuka AS, New York,” katanya di Twitter yang juga pemain pilihan kelima kejohanan.

Untuk rekod, Kenin merupakan antara bakat muda tenis wanita Amerika Syarikat yang meningkat naik sebaris Jennifer Brady, Coco Gauff, Jessica Pegula dan Danielle Collins.

Iklan