Hentikan budaya politik bercakaran: Nizar

Iklan
Mohammad Nizar

IPOH - Budaya politik baharu dalam pentadbiran Perak perlu diteruskan agar dapat dijadikan contoh pimpinan kerajaan peringkat Pusat.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Amanah-Sungai Rapat) berkata, realiti politik negara selepas 60 tahun masih memperlihatkan kemelut yang tidak berkesudahan apabila kalangan pemimpin masih bertelingkah dalam soal pentadbiran.

Iklan
Iklan

"Nak tentukan nama kerajaan pun bercakaran, satu kata Perikatan Nasional, satu lagi tak boleh nak Barisan Nasional... bila nak habis pun tak tahu.

"Jadi kita cadangkan di Perak ini mestilah ditonjolkan sebagai kerajaan yang boleh dicontohi di peringkat Pusat. Kita teruskan budaya hormat menghormati dan bekerjasama.

Iklan

"Padamkan segala budaya bercakor, berkokak dan bergigit antara satu sama lain supaya ahli politik di Perak ini dapat menjelmakan diri sebagai pemimpin yang membantu rakyat," katanya pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini pada Khamis.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Persidangan Tahun Keempat DUN Perak ke-14, Rabu turut mengingatkan kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu mempamerkan semangat politik matang beraras tinggi dengan terus memberi kerjasama terhadap usaha dilaksanakan kerajaan negeri.

Iklan

Baginda bertitah, langkah dirintis Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad ketika ini yang mengenepikan diskriminasi sama ada ahli Dewan dari parti pembangkang atau pemerintah merupakan langkah berani, memperkenalkan budaya baharu dalam pentadbiran negeri.

Mohammad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, titah baginda menuntut setiap Ahli Dewan memikirkan dan merencana masa depan yang panjang untuk kesejahteraan rakyat dan negeri Perak.

"Saya lihat pujian diberikan kepada ADUN Kota Tampan (Saarani) adalah persiapan untuk kita dan ahli politik lain membuat perubahan besar.

"Jadi kita harus lakukan saranan itu kerana secara tidak langsung ia juga membuka ruang pimpinan peringkat nasional untuk selesaikan masalah yang dihadapi ketika ini," katanya.