TANGKAK - Seorang lelaki rentung selepas treler yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan, Bukit Gambir di sini pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 7.36 pagi sebelum bergegas ke lokasi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, mangsa, Aminrullrashed Azman, 38, ditemukan rentung di bahagian depan treler tanpa muatan yang hangus sehingga 90 peratus pada bahagian kepala kenderaan itu.
"Operasi membawa mangsa keluar dan pemadaman mengambil masa kira-kira 40 minit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, operasi tamat pada jam 10 pagi dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.