BEIJING - China melakar rekod baharu dalam pengoperasian kapal tunda elektrik selepas kapal tunda Yungang Electric No 1 memulakan operasinya di Pelabuhan Lianyungang, pada petang Rabu.
Kapal tunda elektrik pertama buatan China itu akan digunakan untuk operasi seperti membantu kapal besar keluar dan masuk pelabuhan.
Iklan
Iklan
Lazimnya, kapal tunda memerlukan kekuatan tenaga yang kebanyakan bergantung kepada enjin diesel berkapasiti tinggi, selain turut menyebabkan pencemaran udara.
Dengan menggunakan bateri besi lithium fosfat sebagai sumber tenaga, kapal tunda itu mampu beroperasi bersamaan kapasiti konvensional sebanyak 4,000 kuasa kuda.
Malah, ia dapat menggantikan penggunaan bahan bakar tradisional dengan sifar pencemaran dan membantu dalam mengurangkan bunyi bising.
Berbanding kapal tunda enjin diesel, kapal tunda elektrik dapat menjimatkan penggunaan diesel sebanyak 300 tan dan mengurangkan pelepasan karbon oksida sebanyak 900 tan setahun. - Bernama