PM umum barisan kabinet esok

Iklan
Ismail Sabri

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Teka-teki barisan kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal terjawab esok.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pengumuman itu akan dibuat Ismail Sabri pada jam 11 pagi dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan.

Iklan
Iklan

"Liputan melibatkan media rasmi sahaja," kata pejabat itu pada Khamis.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula dijadual pada Isnin depan, jam 2.30 petang di Istana Negara.

Iklan

Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai kabinetnya untuk diperkenankan.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Jumaat lalu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan kerana hilang majoriti.

Iklan

Antara yang disebut-sebut menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Bagaimanapun, Sarawak turut menuntut calon Timbalan Perdana Menteri dari negeri itu antara yang dikatakan layak untuk dipilih adalah bekas Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof serta Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.