Ibu tunggal mengaku aniaya tiga anak kandung

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini pada Khamis atas pertuduhan menganiaya tiga anak kandungnya dengan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mereka.

Tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Asrul Darus.

Iklan
Iklan

Mahkamah menetapkan 11 Oktober untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai orang yang mempunyai hak penjagaan ke atas tiga anak perempuannya berumur 17, 15 dan 14 tahun didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah mereka sebuah pangsapuri di Jalan Nipah Off Jalan Ampang, di sini pada 1 tengah hari 19 Ogos lepas.

Iklan

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa. - Bernama

Iklan