Jadikan perjuangan tuntut kemerdekaan inspirasi lawan Covid-19

Iklan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sagap, Siwin (kiri) dan Ketua Kampung Tombovo, Simon Susiang (dua, kanan) membantu Johnny Abol dan Martha Abol memasang Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah di halaman rumah mereka di Kampung Tombovo. - Foto Bernama

KINABATANGAN - Semangat pemimpin terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan perlu dicontohi dan dijadikan inspirasi untuk melawan Covid-19 yang menjadi 'musuh' berbahaya dan tidak dapat dilihat ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurutnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan semangat patriotik kepada negara dalam suasana pandemik, antaranya mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing dan mendisiplinkan diri serta bersolidariti menangani pandemik dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Penularan pandemik Covid-19 tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk melupakan detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.

"Meskipun telah lebih setahun mengubah normal kehidupan bagi membendung penularan pandemik Covid-19, rakyat keseluruhan tetap berupaya menghidupkan suasana kemerdekaan," katanya dalam kenyataan sempena program pengagihan Jalur Gemilang di sini pada Khamis.

Iklan

Bung Moktar berkata, walaupun negara masih berdepan dengan pandemik itu, tetapi semangat menyambut Hari Kebangsaan wajar diteruskan bagi memperlihatkan kesatuan rakyat dalam negara yang merdeka.

"Kita boleh berselisih faham dalam banyak perkara, berdepan dengan pelbagai ujian dan pandemik, tetapi soal kesetiaan kepada negara, soal kemerdekaan negara kita adalah sesuatu yang amat penting," katanya. - Bernama

Iklan