Pengarah Pharmaniaga letak jawatan berkuat kuasa 26 Ogos

Iklan

KUALA LUMPUR - Pengarah bebas dan bukan eksekutif Pharmaniaga Bhd, Zainal Abidin Shariff meletak jawatan berkuat kuasa 26 Ogos, 2021 untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lain.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis berkata, Zainal, 53, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boustead Plantation Bhd.

Iklan
Iklan

Zainal turut memegang pelbagai jawatan dalam organisasi lain sebelum ini, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Bhd, Ketua Eksekutif Incorporated Society of Planters (ISP) serta ketua strategi korporat di Sime Darby Property Bhd.

Pada penutup dagangan pada Khamis, harga saham Pharmaniaga berada pada 89 sen dengan 5.88 juta saham diniagakan. - Bernama

Iklan
Iklan