Semak tengok kereta buruk tersadai

Iklan
Kenderaan buruk dan dibiar tersadai bertahun-tahun menyakitkan mata memandang

SHAH ALAM - Melihat kenderaan usang, buruk dan terbiar tersadai di merata-rata lokasi di Klang pasti menyemakkan pandangan mata.

Bak kata pepatah ‘habis madu, sepah dibuang’, kenderaan ini yang kebanyakannya sengaja dibiarkan oleh pemilik ini ibarat 'semak besi' yang boleh mengundang pelbagai risiko terhadap keselamatan dan kesihatan.

Iklan
Iklan

Pemilik bengkel yang ingin dikenali sebagai Kuan, 45, berkata, dia tidak mempunyai pilihan selain membiarkan kereta milik pelanggan tersadai di parkir berhampiran berikutan kekangan tempat.

Katanya, kebanyakan pelanggan meninggalkan kenderaan mereka di bengkel namun ia tersadai kerana tiada alat ganti atau kos membaiki mahal.

Iklan

"Jadi mereka ambil keputusan untuk letak kereta mereka di bengkel untuk sementara waktu. Tapi lama-kelamaan mereka biarkan ia tersadai di sini disebabkan tiada duit untuk baiki atau alat ganti terlalu mahal.

"Oleh kerana ruang bengkel terhad, kita terpaksa letak kenderaan rosak ini di parkir kosong dan ia tidak mengganggu parkir orang awam disebabkan kawasan ini memang kawasan perindustrian,” katanya.

Iklan

Katanya, dia pernah meminta pelanggannya untuk mengambil kembali kenderaan itu, namun mereka enggan.

"Mereka sanggup biarkan kereta-kereta ini berhujan dan berpanas. Akhirnya jadi ‘besi buruk’,” katanya.

Salah seorang penduduk, Abdullah Ismail, 56, berkata, kebanyakan kereta tersadai itu mengalami kerosakan sehingga diliputi lalang dan semak-samun yang mencacatkan pemandangan.

"Saya tak tahu kenapa kereta itu dibiarkan macam itu saja. Saya tak pasti jika pemilik kedai mendapatkan kebenaran untuk meletakkan kenderaan yang rosak di sini,” katanya.

Bagi suri rumah, Fadilah Ismail, 40, pula berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan masalah kepada pihak lain.

"Mereka perlu dikenakan tindakan kerana menyusahkan orang lain nak parkir,” katanya.

**IKUTI LAPORAN PENUH SINAR XTRA DI AKHBAR SINAR HARIAN HARI INI