Sasar jualan hartanah RM24 juta

Iklan
PKNS menyasarkan nilai jualan RM24 juta melalui program PKNS Plus Mesti Beli yang menampilkan pelbagai pilihan produk hartanah dengan harga menarik. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan meraih RM24 juta nilai jualan hartanah melalui program PKNS Plus Mesti Beli yang menampilkan pelbagai pilihan produk hartanah dengan harga menarik.

Ketua Pegawai Operasinya, Suhaimi Kasdon berkata, 27 unit hartanah melibatkan tujuh projek dengan pelbagai pakej menarik ditawarkan kepada pelanggan dengan harga bermula daripada RM400,000 hingga RM1 juta seunit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tujuh projek tersebut terletak di lokasi menarik iaitu di Bernam Jaya (Rafflesia); Kota Puteri (Puteri Daffina X); Antara Gapi; Selangor Cyber Valley (Residensi Aurora) dan Alam Nusantara (Kehijauan Enklaf).

"Pelbagai pakej menarik akan ditawarkan kepada pelanggan seperti yuran guaman percuma, duti setem percuma, barangan rumah pintar atau smart home yang bernilai sehingga RM15,000 untuk projek terpilih dan pelbagai lagi.

Iklan

"Antara projek bakal menarik perhatian adalah 105 unit rumah link dua tingkat di Bernam Jaya (Rafflesia), 14 unit rumah link dua tingkat di Kota Puteri (Puteri Daffina X),” katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Tengah, Mohd Wazir Abdul Gani; Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Utara, Azilah Arasad@Arshad dan Pengurus Besar Wilayah Selatan, Saharom Mohni.

Iklan

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, terdapat dua projek perumahan yang ditonjolkan PKNS menerusi program PKNS Mesti Beli di Antara Gapi iaitu 146 unit rumah berkembar dua tingkat (Azhara) dan 54 unit rumah berkembar (Cassia).

Suhaimi Kasdon - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Sementara itu, sejumlah 300 unit rumah link dua dan tiga tingkat di Selangor Cyber Valley (Residensi Aurora), 10 unit rumah berkembar tiga tingkat di Alam Nusantara (Hijauan Enklaf) serta 50 unit rumah superlink tiga tingkat atau Anggun Kirana,” katanya.

Suhaimi berkata, PKNS menawarkan kediaman yang siap diduduki dengan pelbagai pilihan dan pakej menarik serta merupakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.Sasaran

Malah beliau memaklumkan, pada 27 dan 28 Mac lalu, Program PKNS Plus Siri 1/2021 yang diadakan secara serentak di semua Galeri Jualan Hartanah PKNS menunjukkan kejayaan amat memberangsangkan.

Menurutnya, PKNS PLUS Siri 1/2021 berjaya mencapai nilai jualan secara keseluruhan lebih RM50 juta melibatkan 102 unit di mana peratus pencapaiannya adalah sebanyak 151 peratus dan ia melebihi sasaran yang ditetapkan.

"Seperti sedia maklum, projek hartanah PKNS ini mempunyai pelbagai kelebihan antaranya perbandaran yang sedang giat membangun dan berhampiran dengan akses lebuh raya malah sudah pasti kemudahan serta prasarana awam dibandar namun suasana persekitaran masih kekal tenang lagi mendamaikan,” katanya.Maklumat

Beliau berkata, PKNS juga menyediakan medium terbaharu untuk para pelanggan iaitu Online Experience, pautan yang memberi kemudahan untuk pelanggan mengakses maklumat berkenaan hartanah PKNS.

"Melalui kempen ini, pembeli akan mendapat maklumat lebih tepat dan pantas di mana ia bertepatan hasrat PKNS untuk memberi keutamaan kepada pelanggan dengan menaik taraf khidmat jualan.

"Pautan akan diberikan kepada pelanggan pada hari program iaitu 28 dan 29 Ogos ini di mana pelanggan akan memperoleh maklumat seperti harga projek, pelan lantai, pelan tapak dan peta akses,” katanya.

Suhaimi berkata, program tersebut akan dijalankan secara hibrid iaitu digital dan konvensional, manakala penjualan adalah secara dalam talian melalui talian PKNS X Line dan platform media sosial, PKNS Property.

Dalam masa sama, menurutnya, jenama baharu bagi kempen promosi dan jualan PKNS tahun 2021 ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan enam lagi program menarik.

"Antaranya PKNS PLUS Mesti Beli (Ulangtahun PKNS), Pelancaran Life @PKNS, Program Life @Kota Puteri, Program Life @Bernam Jaya, Program Life @Antara Gapi dan PKNS PLUS Mesti Beli pada akhir tahun.

"Untuk makluman, P, L, U dan S membawa maksud tersendiri iaitu P potongan harga dengan diskaun dan rebat menarik untuk pembeli sehingga 20 peratus manakala L adalah lambakan pakej menarik ditawarkan antaranya hiasan dalaman dan rumah pintar.

"U pula bermaksud unit nilai tinggi bagi hartanah PKNS yang memberi pulangan pelaburan lumayan kepada pembeli, manakala S pula membuktikan produk PKNS memberikan ruang selesa dan luas kepada seisi keluarga,” katanya.