13 askar AS terbunuh pengeboman di Lapangan Terbang Kabul

Iklan
Anggota-anggota perubatan membantu membawa seorang mangsa yang cedera dalam kejadian dua pengeboman di sebuah lapangan terbang di Kabul pada Khamis. - Foto AFP

WASHINGTON - Seramai 13 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam kejadian dua pengeboman bunuh diri di sebuah Lapangan Terbang Kabul manakala 18 lagi cedera pada Khamis.

Menurut jurucakap Pusat Pemerintah AS, Kapten Bill Urban dalam satu kenyataan bahawa, mereka terbunuh akibat kecederaan yang dialami dalam serangan yang berlaku di Pintu Abbey di lapangan terbang berkenaan.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, jurucakap Tentera Marin AS, Mejar Jim Stenger berkata, 10 daripada 13 askar AS yang terbunuh itu adalah anggota marin.

Menurut AFP, Taliban pula menyatakan pengeboman bunuh diri itu mengakibatkan antara 13 dan 20 orang terbunuh manakala 52 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan dalam kerajaan Afghanistan sebelum ini menyatakan angka kematian mungkin boleh mencecah sehingga 60 orang.

Dalam serangan itu, kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman bunuh diri tersebut.

Iklan

Kejadian itu berlaku ketika AS sedang memindahkan tenteranya dan negara-negara Barat lain turut berbuat demikian. - Agensi