BINTANG tenis wanita Amerika Syarikat (AS), Venus Williams menjadi pemain ketiga negara itu mengesahkan menarik diri dari Terbuka AS selepas Serena dan Sofia Kenin mengumumkan keputusan tidak mengambil bahagian dalam kejuaraan Grand Slam terakhir tahun ini tersebut.
Venus, yang juga juara dua kali Terbuka AS dan bekas pemain nombor satu dunia tersebut mengumumkan perkara itu dalam satu hantaran video yang dimuatnaik di laman media sosialnya.
Iklan
Iklan
"Bukan berita yang mengembirakan daripada Serena dan saya pada hari ini. Saya juga tidak dapat mengambil bahagian dalam Terbuka AS.
"Sesungguhnya ini merupakan perkara yang amat mengecewakan apatah lagi ia berkaitan dengan kecederaan pada bahagian kaki saya, yang masih belum sembuh," katanya.
Pemain berusia 41 tahun itu yang memiliki tujuh gelaran Grand Slam, mengakui akan merindu salah satu kejuaraan pilihannya di New York tersebut sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain yang mengambil bahagian.
Sebelum ini beberapa nama besar lain seperti Roger Federer, Rafa Nadal dan Simona Halep turut mengesahkan tidak mengambil bahagian.
Artikel Berkaitan