PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikuti jejak bekas penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tidak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ismail Sabri turut melantik menteri kanan yang akan membantu beliau menjalankan tugas.
Kesemua pelantikan menteri kabinet itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas dipersembahkan di Istana Abdulaziz, Pahang pada Khamis.
Beberapa muka lama dikekalkan dan bertukar portfolio antaranya, Menteri Kanan Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Adham Baba.
Berikut merupakan senarai penuh barisan kabinet:
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham AbdulAziz
Menteri Kewangan: Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II: Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan Pendidikan: Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Senator Datuk Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II: Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas): Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Mastura Mohd Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang): Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Idris Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar dan Air: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri M Saravanan
Timbalan Menteri: Datuk Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia: Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: Datuk Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Tan Sri Noh Omar
Timbalan Menteri: Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Zuraidah Kamaruddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr R Santhara Kumar
Menteri Perpaduan Negara: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang akan diadakan di Istana Negara, Isnin depan jam 2.30 petang.