Buktikan pencapaian dalam masa 100 hari: PM

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) mengumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. - Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu setiap kementerian membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Justeru katanya, barisan kabinet perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Saya akan pastikan kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya semasa Pengumuman Kabinet Malaysia 2021 pada Jumaat.

Pada masa sama jelas beliau, menteri yang dilantik perlu berorientasikan tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah selain mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Iklan

Tambahnya, barisan kabinet juga perlu bersifat lebih terbuka dengan mendekati aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.

"Barisan kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Zafrul, Azmin kekal, Khairy dilantik Menteri Kesihatan

Iklan

Mengulas lanjut katanya, barisan kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab dengan lebih proaktif agar keadaan ekonomi negara dapat dipulihkan segera.

Beliau berharap pelantikan tersebut akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu melawan Covid-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik.

"Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana Yang Maha Esa tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan.

"Oleh itu, marilah kita menggembleng segala usaha dan daya serta bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kabinetnya tidak boleh bekerja sendirian dan memerlukan sokongan semua penjawat awam dan seluruh Keluarga Malaysia.