KABINET BERORIENTASIKAN HASIL
Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian,
1. Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana atas berkat dan rahmat-Nya, dapat saya mengumumkan barisan Kabinet yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
2. Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet iniperlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.
3. Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.
4. Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dandiburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara.
5. Berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.
6. Dunia mencatatkan kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID19.
7. Oleh itu, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharudalam kehidupan seharian.
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
8. Saya akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagimemacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
9. Selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN), aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat.
10. Barisan Kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktivitiekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.
11. Bagi mendepani cabaran semasa, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip
iaitu:
a. Peka dengan keperluan semasa
b. Bertanggungjawab dan amanah
c. Mengembalikan semula keyakinan rakyat
12. Sesungguhnya, barisan Kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.
13. Selain itu, penularan COVID-19 di peringkat global dan dalam negara turut memberi kesan langsung kepada pertumbuhan dan permintaan ekonomi tempatan. Saya juga akui keadaan ekonomi negara perlu dipulihkan segera.
14. Sehubungan itu, barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengankomited dan lebih proaktif.
15. Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini.
16. Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
17. Realitinya, kita masih berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Pun begitu, saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana Yang Maha Esa tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan.
18. Oleh itu, marilah kita menggembleng segala usaha dan daya serta bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara.
19. Namun, Kabinet saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh
Keluarga Malaysia.
20. Dengan sukacitanya saya mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong:
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: YB Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I: YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II: YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II: YB Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: YB Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar dan Air
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
21. Ogos yang bermakna ini, marilah kita bangkit bersama untuk kembalikan semula sinar kegemilangan Malaysia di mata
dunia.
22. Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri. Pesan saya hanya satu - jalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah, demi rakyat dan negara.
23. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan
pandangan, sokongan, dan kerjasama dalam pembentukan barisan Kabinet ini.
24. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda, yang akan diadakan pada Isnin, 30 Ogo2021, jam 2:30 petang, di Istana Negara, Kuala Lumpur.
25. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada barisan Kabinet untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.
26. Ayuh membulat tekad, bekerja bersama rakyat!
WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.