MB Kedah ucap tahniah pelantikan barisan jemaah menteri baharu

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kabinet 'Keluarga Malaysia' yang baharu dilantik pada Jumaat.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelantikan jemaah menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Tahniah dan diucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang dilantik, menteri dan timbalan menteri yang dilihat seimbang, menepati kepakaran serta pengalaman masing-masing.

"Dengan pelantikan jemaah menteri baharu ini, hubungan erat antara kerajaan Kedah dengan kerajaan Persekutuan dapat dimantapkan lagi dari masa ke masa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau mengharapkan barisan Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ ini dapat bekerja bersungguh-sungguh seterusnya mencapai sasaran ditetapkan Perdana Menteri meskipun situasi semasa ketika ini sukar dan sarat dengan cabaran.

Katanya, keutamaan harus diberikan untuk segera membawa Malaysia keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu.

Iklan

Justeru, kerajaan Kedah menaruh keyakinan penuh terhadap keupayaan Perdana Menteri serta semua anggota jemaah menteri untuk menangani masalah ini dengan cekap dan efisien.