Bangkit Semangat Patriotik

Iklan
Penduduk Kampung Cherok Paloh memasang Jalur Gemilang dengan kreativiti tersendiri dengan melekatkannya di batang pokok kelapa di sekitar rumah bagi membangkitkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di Kuantan, hari ini.

Rakyat Malaysia diseru mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan kediaman, bangunan kerajaan, premis perniagaan dan kenderaan bagi menunjukkan rasa cinta pada negara juga menghargai perjuangan wira negara terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah. - Foto Bernama