Rapatkan jurang politik, PPN lancar

Iklan
Wee Ka Siong

SHAH ALAM - Jurang politik perlu dirapatkan bagi memastikan strategi dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat berjalan lancar dan berjaya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia seiring dengan ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggunakan frasa ‘Keluarga Malaysia’ dengan membawa semangat bersatu-padu bagi melakukan khidmat terbaik.

Iklan
Iklan

"Tahniah juga kepada rakan-rakan kabinet atas pelantikan masing-masing yang akan mengangkat sumpah pada Isnin depan.

"Saya yakin bahawa kita dapat meningkatkan usaha membendung penularan pandemik Covid-19 dan menjadikan ia sebagai keutamaan, di samping memberikan fokus dalam pelbagai aspek bagi meneruskan kelangsungan hidup rakyat serta memulihkan ekonomi negara.

Iklan

"Kita juga harus bersyukur atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenankan pembentukan kabinet baharu ini sekaligus meneruskan usaha memulihkan negara,” katanya dalam hantarannya di Facebook pada Jumaat.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri melantiknya sebagai Menteri Pengangkutan.

Iklan

"Saya berjanji akan melakukan yang terbaik di atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan demi kebaikan rakyat serta negara secara keseluruhannya,” ujarnya.

Tambah Ka Siong, terdapat beberapa perkara tertangguh di kementerian itu dan beliau bersedia serta bersemangat untuk menyelesaikannya.

"Selain perancangan dan program pembangunan melibatkan sektor pengangkutan darat, udara dan maritim, memastikan pergerakan barangan kepada rakyat tidak terbantut ke arah pemulihan ekonomi negara juga menjadi keutamaan,” katanya.