MAFI serah 1,500 kotak bakul makanan

Iklan
Haslina (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin kepada wakil komuniti Seksyen 6 Kota Damansara dan wakil Balai Polis Kota Damansara.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyerahkan bantuan MAFI Prihatin sebanyak 1,500 kotak bakul makanan kepada penduduk di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur yang terjejas pandemik Covid-19.

MAFI dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, sumbangan kotak makanan itu mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum, minyak, biskut, bihun, susu pekat, nanas tin dan jem nanas.

Iklan
Iklan

Haslina (kiri) menyampaikan bantuan MAFI Prihatin kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL, Che Samsuzuki Che Noh.

"Sumbangan MAFI Prihatin melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) melibatkan penyerahan kotak makanan kepada kumpulan sasar dan barisan hadapan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, balai polis, pihak universiti serta persatuan-persatuan penduduk dan rukun tetangga,” katanya kenyataan itu.

Iklan

Penyerahan bantuan MAFI Prihatin disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Mohd Khairuzamri M.Salleh.

Haslina (kanan) menyerahkan bantuan MAFI Prihatin kepada Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan sehingga kini, LPNM telah menyumbangkan lebih 3,000 bakul makanan kepada pelbagai kumpulan sasar yang terjejas terutamanya golongan petani, penternak, nelayan dan barisan hadapan.

"Turut disumbangkan ialah 2,300 biji nanas sebagai sebahagian daripada promosi Kempen Makan Nanas,” katanya.

Turut disumbangkan adalah 2,300 nanas sebagai sebahagian daripada promosi Kempen Makan Nanas.

Bermula Jun hingga Ogos tahun ini, seramai 77,289 penerima telah mendapat manfaat dan bantuan MAFI Prihatin yang dilaksanakan di 441 lokasi seluruh negara.