Keyakinan terhadap ringgit dijangka pulih

Iklan
Keyakinan terhadap ringgit dijangka pulih, melangkah ke hadapan, didorong oleh sentimen yang semakin baik berikutan peningkatan kadar vaksinasi.

KUALA LUMPUR - Keyakinan terhadap ringgit dijangka pulih, melangkah ke hadapan, didorong oleh sentimen yang semakin baik berikutan peningkatan kadar vaksinasi.

Ketua ekonomi IQI Juwai Shan Saeed berkata, unjuran itu berdasarkan beberapa sebab antaranya harga minyak lebih tinggi akan mengukuhkan ringgit, angka eksport dan perdagangan yang positif, nilai ambang kadar vaksinasi mencapai sasaran 80 peratus pada pertengahan Oktober dan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang melemah.

Iklan
Iklan

"Pada pendapat saya, prospek ringgit kekal stabil dan keyakinan terhadap unit tempatan akan kembali pulih.

"Kami di Juwai IQI mempertahankan pendirian kami terhadap prospek ringgit yang diberikan pada awal tahun ini, ringgit akan berada antara 3.67 hingga 4.10 berbanding dolar AS untuk tahun 2021," katanya kepada Bernama.

Iklan

Shan berkata, empat hari lepas, dolar US telah menyusut sekitar 0.6 peratus berbanding mata wang utama lain disebabkan oleh dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang tidak menentu manakala kadar inflasi akan kekal kukuh di ekonomi AS.

"Sebaliknya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan struktur ringgit walaupun terdapat kelemahan dalam makroekonomi global, ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti global, pasaran bon di negara maju serta keadaan geopolitik serantau yang tidak menentu.

Iklan

"BNM telah mengekalkan pendirian seimbang dalam prospek dasar monetarinya, ia mencerminkan keyakinan bank pusat," katanya.

Menurut Shan, bank pusat itu telah meningkatkan rizab pertukaran asing kepada US$111 bilion untuk melindungi daripada turun naik kadar pertukaran ketika Malaysia menghadapi waktu yang sukar.

"Langkah ini telah mendatangkan hasil pada 17 bulan lepas. BNM memainkan peranan penting dalam pengurusan makroekonomi untuk memanfaatkan sistem monetari,” katanya.

Shan berkata, BNM menggunakan langkah taktikal dan strategik untuk dalam penggunaan monetari yang berhemat seiring dengan penawaran dan permintaan dalam pasaran untuk membantu pasaran kewangan.

Beliau berkata, BNM telah terbukti berjaya dalam memastikan kestabilan harga, kestabilan pasaran dan kestabilan pertumbuhan.

"Dua instrumen dasar utama iaitu pelbagai dasar fiskal dan monetari akan terus memainkan peranan penting mereka dalam kerangka dasar ekonomi.

"Gabungan tersebut sangat penting dalam waktu mencabar ketika ini dan merupakan faktor penting bagi meningkatkan keyakinan dalam prospek ekonomi,” katanya. - Bernama