Kabinet masih dihantui elemen rasuah

Iklan
Mohamad Nizar

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyifatkan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat masih dihantui elemen rasuah, perkauman dan salah guna kuasa.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pemilihan beberapa individu yang pernah didakwa di mahkamah dikhuatiri akan berlaku salah guna kuasa dan rasuah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelantikan anggota kabinet yang hampir 90 peratus mengekalkan individu sama hanya seperti kerajaan salin kulit.

"Cuma yang pasti pelantikan tersebut tidak akan membawa perubahan besar kepada negara kerana masih mengekalkan menteri-menteri yang gagal di dalam pentadbiran sebelum ini.

Iklan

"Ini kabinet 69, tunggang-langgang macam cerita P Ramlee Keluarga 69. Apabila menteri-menteri yang gagal ini dilantik semula, kegagalan sama pastinya akan berulang," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Pusat berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman senarai kabinet baharu yang dibuat Ismail Sabri pada Jumaat.

Iklan

Mohammad Nizar berkata, perkembangan terbaharu mengenai kabinet itu tidak akan menambah keyakinan terhadap pelabur kerana perubahan ketara hanya melibatkan pertukaran Perdana Menteri.