Atok pun turun mengundi!

Iklan
Yaakob membuang undi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi.

SEMENYIH - Meskipun usianya sudah mencecah 81 tahun, pergerakannya pula agak terbatas namun ia tidak menghalang Yaakob Mat Isin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, hari ini.

Warga emas itu tiba di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi kira-kira jam 8.50 pagi dan selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Iklan
Iklan

Menurut Yaakob, dia tidak pernah terlepas menghadirkan diri pada setiap kali PRU dan memberitahu dia mula menunaikan tanggungjawabnya itu dari tahun 1950-an.

"Dah banyak kali saya mengundi, memang tak pernah terlepas dari tahun 1950-an lagi. Hari ini anak saya bawa ke pusat mengundi.

Iklan

"Kaki saya sakit, tak boleh nak jalan sangat tapi mujur petugas banyak bantu mudahkan pergerakan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai mengundi, di sini.

Meskipun berkerusi roda, warga emas tersebut kelihatan riang malah sempat bergurau dan sempat mengungkapkan serangkap pantun dua kerat.

Iklan

"Terima kasih daun keladi, lain kali buek (buat temubual) lagi,” katanya berseloroh.