NEW DELHI - Bahagian kawal selia farmaseutikal India meluluskan ujian klinikal fasa I vaksin Covid-19 berasaskan protein, yang bakal dikendalikan Reliance Life Sciences Pvt Ltd, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.
"Pada Khamis, bahagian itu meluluskan permohonan Reliance Life Sciences untuk melakukan ujian klinikal ke atas manusia dengan menggunakan vaksin Covid-19 berasaskan protein.