KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City pasti boleh menarik nafas lega apabila diundi dalam kumpulan yang dianggap mudah pada saingan Liga Europa musim ini.
Anak buah Brendan Rodgers yang tampil ke kejuaraan tahap kedua kelab Eropah tersebut berstatuskan juara Piala FA diundi dalam Kumpulan C bersama dengan kelab liga Itali, Napoli, Spartak Moscow dari Rusia dan Legia Warsaw dari Poland.
Pada musim lalu, The Foxes yang sekadar mengakhiri saingan EPL pada kedudukan kelima sekaligus terlepas slot kejuaraan Liga Juara-Juara berada peringkat kelompok 32 terbaik Liga Europa.
Undian Kumpulan Liga Europa
Kumpulan A:
Lyon, Rangers, Sparta Prague, Brondby
Kumpulan B:
Monaco, PSV Eindhoven, Real Sociedad, Sturm Graz
Kumpulan C:
Napoli, Leicester City, Spartak Moscow, Legia Warsaw
Kumpulan D:
Olympiakos, Eintracht Frankfurt, Fenerbahce, Royal Antwerp
Kumpulan E:
Lazio, Lokomotiv Moscow, Marseille, Galatasaray
Kumpulan F:
Sporting Braga, Red Star Belgrade, Ludogorets, Midtjylland
Kumpulan G:
Bayer Leverkusen, Celtic, Real Betis, Ferencvaros
Kumpulan H:
Dinamo Zagreb, Genk, West Ham United, Rapid Vienna