Menteri lelong lukisan pegang prinsip integriti

Iklan
Saifuddin melelong hadian lukisannya kepada tetamu di Bard’s Art Exhibition, Petaling Jaya.
PETALING JAYA – Berpegang prisnsip integriti dan anti rasuah membuatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terpanggil melelong lukisan"Celestial Heaven” yang dihadiahkan kepadanya dalam satu pameran seni.

Sejurus merasmikan Bard’s Art Exhibition, pelukis, Badariah Abdul Hamid menghadiahkan salah satu karya lukisannya kepada Saifuddin sebagai tanda penghargaan, namun beliau memilih untuk melelongnya kepada tetamu yang hadir.

Menurut Saifuddin, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) memutuskan semua menteri dan anggota pentadbiran kerajaan tidak boleh lagi menerima sebarang hadiah kecuali bunga, makanan dan buah-buahan sahaja.

Iklan
Iklan

"Saya minta maaf, dasar kerajaan baharu PH telah menetapkan bahawa menteri dan anggota pentadbiran kerajaan dilarang untuk menerima sebarang pemberian, kecuali bunga, makanan dan buah-buahan sahaja, jadi saya buka bidaan untuk dilelong kepada tetamu.

"Saya buka harga bidaan pertama dengan harga RM3,001, bukan saya tidak mahu menerima lukisan ini atau tidak menghargai seni namun ini adalah integriti yang wajib dipegang,” katanya ketika memulakan sesi pembidaan di Bard’s Art Exhibition di Oasis Village, di sini, hari ini.

Iklan

Selepas beberapa siri bidaan harga disebut, akhirnya lukisan akrilik itu terjual dengan harga RM4,888 yang dibeli oleh seorang usahawan Jessy Lai.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan tidak tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan khasnya menteri menerima hadiah berharga selepas PRU14.

Iklan

Menurutnya, anggota Kabinet tidak boleh terima hadiah kecuali makanan dan bunga saja bukan barangan bernilai.

Katanya, hal ini, bertujuan untuk menyekat amalan rasuah di kalangan pemimpin utama negara.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, akan mengkaji bagaimana hasil seni dapat dibangunkan sebagai bahan perdagangan dalam negeri khususnya dalam sektor perdagangan pengedaran dan kepenggunaan .

"KPDNHEP perlu meneliti bagaimana hasil karya seni dibangunkan sebagai produk perdagangan yang diedarkan dalam pasaran tempatan.Ini secara tidak langsung akan menggalakkan pelukis, pengukir dan penggiat seni lebih bersemangat untuk berkarya.

"Pada masa yang sama kita harus mencari jalan untuk menggalakkan pengguna menghormati seni dan hak cipta seseorang. Ini penting agar pengguna tidak ditipu dengan hasil ciplak,” katanya.