Paralimpik Tokyo: Malaysia raih pingat emas pertama

Iklan
Atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72 kilogram (kg) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini. - Foto Bernama

[DIKEMASKINI] JAGUH powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin melakar kejayaan berganda buat kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila meraih emas dalam bagi acara 72 kilogram (kg) lelaki selain mencatatkan rekod baharu Paralimpik, pagi tadi.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 22 tahun itu meraih emas setelah berjaya melakukan angkatan 228kg pada angkatan ketiga bagi memadamkan rekod sebelum ini, 225kg.

Iklan
Iklan

Angkatan itu turut menjadikan Bonnie selaku pemenang emas pertama dalam acara powerlifting bgi temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin kelihatan gembira setelah melakukan angkatan bagi kategori 72 kilogram pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini. - Foto Bernama

Bonnie bagaimanapun gagal memecahkan rekod dunia iaitu angkatan 230kg yang dicatatkannya pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu, apabila gagal pada angkatan keempatnya bagi angkatan 231kg.

Iklan

Selain itu Bonnie turut menepati ramalan sebagai antara atlet para negara yang dilihat bakal menyumbang emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Untuk rekod, Bonnie adalah antara dalam kalangan lima atlet para negara yang diletakkan sebagai sandaran meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bersama dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badminton para, Cheah Leik Hou dan atlet memanah, S Suresh.

Iklan