PATI berkain batik panjat siling rumah

Iklan
PATI berkain batik yang menyorok di siling kediaman mereka diarah turun oleh anggota Imigresen.- Foto Ihsan Imigresen
KUALA LUMPUR - Sekumpulan pendatang tanpa izin (PATI) nekad memanjat siling kediaman mereka sebaik menyedari kehadiran anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) yang melakukan Operasi Bersepadu malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan mereka berjaya dikesan anggota Imigresen yang bertugas dan mengarahkan kesemua mereka turun.

Mereka antara 1,485 PATI yang ditahan oleh dalam Operasi Bersepadu yang dilancarkan di seluruh negara mulai tengah malam.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam telah memeriksa seramai 3,750 warga asing.

"Pemeriksaan ini dibuat di sebuah pusat hiburan dan dua kediaman sekitar Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PATI berkain batik yang menyorok di siling kediaman mereka diarah turun oleh anggota Imigresen.- Foto Ihsan Imigresen

Iklan

Khairul Dzaimee berkata, bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, pihaknya mengadakan 2,646 operasi penguatkuasaan di seluruh negara dan memeriksa seramai 40,321 orang.

"Daripada jumlah itu, seramai 9,452 PATI daripada pelbagai warganegara telah ditahan.

Iklan

"Antara kesalahan utama yang dikesan adalah tinggal lebih masa, memasuki negara tanpa dokumen yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya.

Tambahnya, selain itu, seramai 176 majikan turut ditahan sepanjang tempoh berkenaan, manakala 151 majikan didakwa dan diambil tindakan.

Mengulas lanjut, daripada keseluruhan PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah warga Indonesia iaitu seramai 3,261 diikuti Bangladesh seramai 2,378, Filipina 849, Myanmar 868 dan bakinya adalah dari lain-lain negara.

Tegas beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Imigresen menegaskan akan mengambil segala langkah yang perlu dan tidak akan berkompromi dalam memastikan majikan dan pekerja asing mematuhi undang-undang negara.