Raih emas dorong Bonnie lakar lebih banyak kejayaan: Jurulatih

Iklan
Jamil

KEJAYAAN meraih emas sulung negara pada Sukan Paralimplik Tokyo 2020 diharap dapat menjadi pendorong kepada atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Jurulatih powerlifting para negara, Jamil Adam sememangnya telah menjangkakan Bonnie berpotensi untuk mampu melakarkan kejayaan berkenaan berdasarkan prestasi semasa dan peningkatan ditunjukan oleh atlet berusia 22 tahun itu, sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya berdasarkan prestasi dan peningkatan yang ditunjukkannya sebelum ini, kita yakin dia boleh buat (menang) hari ini (Sabtu) dan dia benar-benar berjaya.

"Kini, dia dah catat kejayaan besar. Dia dah pegang dua rekod tertinggi sekali, juara dunia dengan rekod dunia, pingat emas Paralimpik dan juga rekod Paralimpik.

Iklan

"Oleh itu, kita sasarkan supaya dia sentiasa berada pada prestasi terbaik untuk beraksi di setiap kejohanan pada masa akan datang,” katanya.

Pada Sabtu, Bonnie muncul atlet para negara pertama meraih pingat emas bagi acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) apabila berjaya melakukan angkatan 228 kg yang juga merupakan rekod baharu bagi acara powerlifting pada paralimpik.

Iklan

Bonnie bagaimanapun gagal memecahkan rekod dunia 230 kg yang dicatatkannya pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu, apabila gagal pada angkatan keempatnya pada angkatan 231 kg.

Mengulas mengenai penglibatan Bonnie dalam sukan powerlifting, Jamil berkata, pada mulanya dia melatih bapa Bonnie, Gustin Jenang untuk beraksi pada Kejohanan Dunia Paralifting Para 2010.

Katanya, Bonnie seringkali mengikuti bapanya itu berlatih dan turut menunjukkan minat dalam acaa powerlifting berkenaan.

"Saya mengambil keputusan untuk melatihnya dan ternyata dia (Bonnie) menunjukkan komitmen yang tinggi dalam latihan.

"Saya kemudiannya memasukkan ke dalam program di Majlis Sukan Negara (MSN) mulai 2018 dan sejak itu dia menunjukkan peningkatan drastik dalam sukan powerlifting ini.

"Dia sering kelihatan bersemangat dan sentiasa mahu melakukan yang terbaik pada setiap kejohanan yang disertai,” katanya.,