Kabinet baharu: Tindakan pembangkang tidak profesional

Iklan
Ahmad Fadhli Shaari

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pemuda Pas menyifatkan tindakan pembangkang menghentam kerajaan ketika pembentukan kabinet masih pramatang, sebagai tidak profesional.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata, pembangkang sepatutnya memberikan ruang kepada kerajaan hari ini sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar diberikan tempoh 100 hari untuk membuktikan kemampuan pentadbirannya.

Iklan
Iklan

"Pembangkang sering melaungkan perpaduan dan hentikan sebarang permainan politik, namun dalam masa yang sama mereka yang bermain politik.

"Mereka menyatakan sokongan dan perpaduan semasa berjumpa perdana menteri, tetapi kembali menyerang perdana menteri apabila calon 'kesukaan' mereka tiada dalam barisan Kabinet.

Iklan

"Berikan masa untuk kerajaan, bukan terus menghentam seawal pembentukan kabinet. Tindakan menghentam secara pramatang ini amat tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau menambah, tidaklah dinafikan, banyak muka-muka lama ditampilkan semula.

Iklan

Namun katanya, menyedari situasi dan kedudukan Perdana Menteri pada hari ini, tidak banyak perubahan yang boleh dibuat dalam hasrat bagi memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

"Jika kerajaan hari ini adalah kerajaan 'recycle', mungkin Pakatan Harapan (PH) juga boleh bermuhasabah kerana memiliki calon perdana menteri 'recycle' sejak lama.

"Lebih baik mereka bermuhasabah berhubung calon perdana menteri mereka berbanding bercerita tentang kerajaan,” katanya.