Bekas juruterbang dapat gaji lebih tinggi sebagai pemandu lori

Iklan
Aaron Leventhal mendapat gaji lebih tinggi sebagai pemandu lori berbanding ketika dia menjadi juruterbang. - Foto Wales News Service

SWANSEA - Seorang bekas juruterbang sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Britain kini bertugas sebagai pemandu lori dan mengakui memperoleh pendapatan lumayan.

Aaron Leventhal, 37, berkata, dia kehilangan kerja sebagai juruterbang berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara itu.

Iklan
Iklan

Bapa kepada seorang anak dari Loughor, Swansea, Wales itu mendapat lesen memandu kenderaan berat ketika dia bertugas sebagai anggota tentera Britain.

Leventhal kemudian menjadi juruterbang selama 10 tahun sebelum diberhentikan oleh sebuah syarikat tambang murah yang diisytiharkan bankrap akibat Covid-19 pada tahun 2020.

Iklan

Dia kemudian beralih menjadi pemandu lori berat secara sambilan dengan menghantar barangan ke pasar raya.

Leventhal mendapat gaji sebanyak £30,000 (RM173,232) setahun ketika dia menjadi juruterbang pesawat tambang murah.

Iklan

Namun, dia memperoleh pendapatan sebanyak £40,000 (RM230,976 ) setahun sebagai pemandu lori walaupun tidak sepenuh masa.

Dia mendedahkan bahawa syarikat-syarikat lori kini mengalami kekurangan pemandu lori.

Menurut ketua-ketua peruncitan, kekurangan itu adalah disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan selepas United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah pada tahun 2020. - Agensi