Belum boleh tarik nafas lega

Iklan
Keadaan wad pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur kini kembali tenang dengan banyak katil kosong.

SHAH ALAM - Seorang petugas di sebuah hospital Lembah Klang yang bertanggungjawab menyelia wad bagi pesakit Covid-19 memaklumkan, berlaku sedikit pengurangan kes kemasukan pesakit di wad biasa jika dibandingkan pada dua bulan lepas.

Dia yang enggan namanya disiarkan berkata, meskipun tidak begitu ketara iaitu sekitar lima peratus sahaja, namun sedikit sebanyak ia memberi ruang rehat kepada petugas terlibat.

Iklan
Iklan

"Dua bulan lalu keadaan di dalam wad sangat teruk. Contohnya jururawat yang bertugas, mereka tiada waktu yang tetap untuk berehat dan makan. Kebanyakan mereka memang tidak sempat makan sehingga habis waktu kerja.

"Sekarang ada sedikit pengurangan (beban). Jururawat pula ada masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk makan, namun bergantung kepada keadaan pesakit yang dijaga ketika itu,” katanya.

Iklan

Tambahnya, meskipun tular keadaan hospital-hospital merawat pesakit Covid-19 yang dikatakan sudah tenang, ia tidak menjadi pengukur kepada keadaan sebenar di lapangan.

"Mungkin ketika video atau gambar diambil, keadaan tidak teruk. Tapi keesokannya, kembali sibuk. Belum boleh tarik nafas lega lagi.

Iklan

"Kita tidak mahu situasi itu membuatkan orang ramai alpa dan gagal mengamalkan prosedur operasi standard, kemudian keadaan teruk di hospital kembali berulang,” jelasnya.