SHAH ALAM - Rangkaian ais krim terbesar di dunia, Baskin-Robbins mengadakan kempen selama 31 hari bagi edisi Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Baskin-Robbins berkata, jenama aiskrim itu menawarkan promosi pada tarikh 31 Ogos pada setiap tahun dan memberikan diskaun harga sebanyak 31 peratus bagi handpacked aiskrim.
"Sempena Hari Kebangsaan, Baskin-Robbins menyediakan tiga tawaran iaitu tiga hari bermula 29 Ogos hingga 31 Ogos 2021 dengan pembungkusan edisi terhad ‘Peranakan Batik Style’ yang sesuai dijadikan hadiah.
"Orang ramai disarankan datang lebih awal bagi mengelakkan beratur panjang untuk mendapatkan aiskrim yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Baskin-Robbins berkata, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai manfaat daripada aplikasi B-R mobile app (www.baskinrobbins.com.my/mobileapp).
Sementara itu, Baskin-Robbins berkata, bagi pelanggan yang mahu membeli dan membawa pulang aiskrim mereka boleh menikmati Ice Apam yang diinspirasi daripada snek tempatan, Apam Balik.
"Antara yang ditawarkan ialah Ice Apam Junior dijual pada harga RM11.50, Ice Apam Regular dijual pada harga RM15.50 manakala Chocolate Dipped Ice Apam berharga RM18.50,” katanya.
Turut ditawarkan ialah Classic Trio yang mempunyai perisa coklat, vanilla dan strawberi yang berharga RM9.50.
"Disediakan dalam pembungkusan istimewa yang diinspirasikan batik tradisional peranakan dan unik yang direka dengan menggunakan ikon B-R. Ia ditawarkan sehingga 16 September 2021 sahaja,” katanya.