Kabinet baharu perlu diterima semua

Iklan
Ahmad Said
KUALA NERUS- Pembentukan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan sebahagiannya mengekalkan wajah yang sama perlu diterima.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ketika ini kerajaan yang ditubuhkan tidak mempunyai majoriti besar di dalam Parlimen.

Katanya, situasi itu tidak dialami parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepanjang pemerintahan sebelum tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Iklan
Iklan

"Sama ada dikatakan kitar semula tetapi kebanyakan orang yang sama sebab kita ada masalah, kita bukan kerajaan yang kukuh, kita ada beberapa parti.

"Kita perlu bertolak ansur, perlu sama rata," katanya.

Iklan

Beliau berkata kesemua pemimpin perlu berkorban dengan memfokuskan masalah rakyat menangani isu Covid-19, ekonomi, pengangguran dan peningkatan kes bunuh diri.

Terdahulu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri menghampakan rakyat kerana masih membariskan Menteri dan Timbalan Menteri yang sering dikritik dan dianggap gagal sebelum ini.

Iklan

Anwar menjelaskan, rakyat melihat senarai Kabinet yang diumumkan itu hanyalah 'kitar semula' hingga ia dijadikan bahan sindiran di media sosial.- Awani