Wei Lun terus cemerlang

Iklan
Atlet Boccia Para negara, Chew Wei Lun.- Foto Bernama

ATLET Boccia para negara, Chew Wei Lun meneruskan kecemerlangan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan atlet Thailand, Witsanu Huadpradit, 110-102 pagi tadi.

Bagaimanapun, Wei Lun yang juga pemain ranking ke-11 dunia dilihat berdepan tentangan sengit daripada Huadpradit pada pertemuan berkenaan, sebelum akhirnya diumumkan selaku pemenang.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu meneruskan kecemerlangan Wei Lun yang menewaskan atlet para Brazil, Andreza Victoria de Oliveira bagi pusingan pertama, pada Sabtu.

Wei Lun juga dijangka bakal berdepan tentangan sengit sekali lagi, apabila dijadualkan berdepan atlet para Korea Selatan yang juga pemain ranking kelapan dunia, Sung Joon Jung dari Korea Selatan, petang nanti.

Iklan
Iklan