Samun pelajar: Pemilik ekor pari dipenjara 7 tahun, 2 sebatan

Iklan
Seorang tukang rumah yang sebelum ini mengaku memiliki ekor ikan pari didakwa di Mahkamah Seksyen Pasir Mas pada Ahad atas tuduhan melakukan rompakan dengan mendatangkan kecederaan ke atas seorang pelajar di Tanah Merah pada 21 Julai lalu.

PASIR MAS - Seorang tukang rumah yang sebelum ini mengaku memiliki ekor ikan pari didakwa di Mahkamah Seksyen Pasir Mas di sini pada Ahad atas tuduhan melakukan rompakan dengan mendatangkan kecederaan ke atas seorang pelajar di Tanah Merah pada 21 Julai lalu.

Tertuduh, Abdul Hallim Shamsuddin, 27, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Abdul Munir Mohd Hamdy.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ke atas seorang pelajar berusia 19 tahun dengan mendatangkan kecederaan apabila bertindak memukul mangsa di bahagian kepala dan badan di tepi jalan Kampung Sat, Tanah Merah pada 21 Julai lalu.

Tertuduh turut didakwa melarikan wang tunai berjumlah RM1,180 dalam kejadian pada jam 12.10 tengah hari itu.

Iklan

Tertuduh dituduh di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebatan atau denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar Adil bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh memandangkan jumlah wang yang telah dilarikan oleh tertuduh sebanyak RM1,180 cukup besar bagi seorang pelajar pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

Abdul Munir kemudian menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dengan dua sebatan selepas mengambil kira faktor yang dinyatakan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Sinar Harian pada 1 Ogos lalu melaporkan, seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas di sini, atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu ekor pari pada 26 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang rumah mengaku salah miliki ekor pari