PKR kenal pasti calon Dun Rantau 9 Mac

Iklan
Saifuddin Nasution

PETALING JAYA – PKR akan menyerahkan senarai pendek calon yang akan berentap di PRK Dun Rantau dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden PH yang dijadualkan 9 Mac ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan membentangkan laporan mesyuarat dan pemilihan calon Sabtu depan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PKR akan bertanding di Dun itu mewakili PH berdasarkan ‘status quo’ yang kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi PKR.

"Apa yang pasti, PKR akan bertanding di Dun itu mewakili PH berdasarkan ‘status quo’ yang kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi PKR,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis peluncuran pameran sulung lukisan-lukisan Badariah Abdul Hamid, di sini, hari ini.

Iklan

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tanpa berselindung mengakui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memiliki pengaruh yang kuat di Dun Rantau.

Bagaimanapun, beliau percaya PKR mampu menang di kerusi berkenaan berdasarkan rekod PRU14 lalu yang menunjukkan undi dari Dun itu bagi Parlimen Rembau memihak kepada PH.

Iklan

Sebelum ini,Mohamad yang juga penyandang Dun Rantau mengesahkan akan mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya pada PRU14 lalu.

"Memang saya akan bertanding di Dun Rantau. Kalau hendak mati, biarlah mati di kampung sendiri.

"Mati itu merujuk kepada bahasa orang Negeri Sembilan. Ia seperti, kalau hendak mati, biarlah mati di tempat kelahiran,” katanya.

Mohamad berkata, BN juga tidak mempunyai masalah dengan keputusannya itu, memandangkan kerusi Dun berkenaan merupakan kerusi tetap UMNO.