KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.
Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini, pada kira-kira pukul 11.30 pagi.