Malaysia perlu beri tekanan terhadap Myanmar

Iklan

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap kerajaan Myanmar yang menjadi punca pelarian Rohingya terus menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penemuan 35 orang pelarian Rohingya di Perlis kelmarin amat mengejutkan dan menandakan masih terdapat sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi menyeludup mangsa Rohingya ke pengairan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Sikap Myanmar yang tidak menyelesaikan isu Rohingya dan terus menafikan hak mereka serta melakukan penindasan terhadap etnik berkenaan telah menyebabkan negara seperti Malaysia menjadi sasaran pelarian Rohingya diseludup.

"Punca ini berlaku adalah sikap Myanmar yang tidak mempeduli desakan dunia supaya hak manusia etnik Rohingya dikembalikan," katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Iklan

Jelas beliau, pelarian Rohingya memasukki Malaysia sejak tahun 1982 lagi berpunca daripada regim Myanmar yang membatalkan kerakyatan etnik tersebut dan operasi genosid dan penghapusan etnik dilakukan secara besar-besaran.

"Sejak itu ratusan ribu etnik Rohingya terpaksa melarikan diri dan sindiket pemerdagangan manusia mengambil kesempatan meraih peluang menjadikan etnik ini sebagai sasaran.

Iklan

"Malaysia perlu kembali mengangkat isu ini menerusi forum ASEAN dengan menegaskan Myanmar perlu didesak menghentikan penafian hak manusia etnik Rohingya.

"Nasib 35 orang pelarian Rohingya termasuk kanak- kanak yang diseludup ke pengairan Malaysia adalah akibat kezaliman regim Myanmar yang maseh berterusan," katanya.

Sehubungan itu, Mapim menyeru kerajaan Malaysia bekerjasama dengan pihak UNHCR membantu mangsa pelarian Rohingya dengan melindungi hak mereka sementara mendesak pihak Myanmar segera menghentikan dasar menafikan kerakyatan Rohingya.

"Jumlah pelarian Rohingya yang mencecah lebih 100,000 di Malaysia memerlukan polisi yang bijak dipihak kerajaan agar hak mereka dipelihara atas dasar kemanusiaan. Kes warga Rohingya kerap berhadapan dengan pelbagai masalah dianiayai di Malaysia kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perlu diatasi," ujar beliau.

Ujar Mohd Azmi, isu kebajikan, pendidikan, rawatan kesihatan dan keselamatan Rohingya di negara ini perlu ditangani dengan pendekatan kemanusian agar mereka tidak menjadi beban kepada negara.

.