KUANTAN - Lebih 235,000 atau 20 peratus penduduk Pahang yang masih belum mendaftar dengan aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 walaupun layak untuk menerimanya, dinasihatkan mendaftar segera bagi membolehkan negeri ini mencapai imuniti kelompok lebih pantas.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, suntikan vaksin adalah salah satu ikhtiar bagi mengawal Covid-19, dan sehingga hari ini lebih 50 peratus golongan dewasa di Pahang sudah menerima dua dos vaksin.