KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan semua pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih supaya keluar beramai-ramai bagi menjalankan tanggungjawab tanpa rasa takut akan keselamatan mereka.
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis sentiasa berada di sekitar kawasan pusat mengundi bagi menjamin keselamatan pengundi.