Mahsuri Food, NGO ceriakan program derma darah

Iklan
Mohd Jazri (tiga dari kiri) beramah mesra dengan seorang penderma darah bersama wakil NGO lain

MELAKA - Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-64, Mahsuri Food Sdn Bhd (Mahsuri Food) turut menceriakan program derma darah di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh pada Ahad.

Program kerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Mesra Pengguna Malaysia (Mesra Malaysia) itu bertujuan menambahkan bekalan darah di Hospital Melaka.

Iklan
Iklan

Ketua Komersial Mahsuri Food Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, menerusi program itu mereka dapat menyelamatkan nyawa ramai orang.

Menurut beliau, program itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan Mahsuri Food dengan beberapa NGO yang aktif menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada orang ramai yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Kami menyasarkan untuk mengutip 100 pek darah sepanjang program itu. Setiap penderma darah akan menerima Sos Berperisa Tiram Mahsuri sebagai tanda penghargaan.

"Inisiatif ini adalah pembabitan kali pertama kami dalam program derma darah bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang berbaki dua hari saja lagi iaitu pada 31 Ogos ini,” katanya.

Iklan
Mohd Jazri (kanan) memberikan Sos Berperisa Tiram Mahsuri kepada salah seorang penderma darah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Derma Darah anjuran Mesra Malaysia dan Mahsuri Food di sebuah pusat beli-belah di Melaka pada Ahad.

Mohd Jazri berkata, kelainan program ini ialah mereka bersama NGO tempatan merealisasikan program derma darah dalam suasana normal baharu.

"Melihat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum, kami juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan lebih banyak NGO pada program derma darah seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama antara Mahsuri Food dan Mesra Malaysia adalah bertepatan ketika negara akan menyambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 2021.

Mengulas lanjut, Mohd Jazri berkata, selepas program itu pihaknya akan meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial koporat (CSR) dengan menyumbang pek keperluan asas mengandungi produk keluarannya kepada penduduk di sekitar Batu Berendam.

Seorang penderma yang terlibat dalam program derma darah menerima sos tiram keluaran syarikat Mahsuri Food daripada Mohd Jazri.

Program CSR tersebut merupakan yang ke-13 anjuran Mahsuri Food. Sebelum ini, pelbagai program CSR telah diadakan di beberapa buah negeri termasuklah di Selangor.

"Antara aktiviti CSR itu termasuklah pemberian bakul makanan dan ibadah korban terutama dalam membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 pada tahun ini. Kami berharap agar lebih ramai dapat dibantu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Mesra Malaysia, Azlin Othman mengalu-alukan penglibatan Mahsuri Food bagi menjayakan program yang dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada penganjur malah penderma dan penerima darah.

"Aktiviti derma darah ini diharapkan dapat memupuk semangat cintakan negara tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.