FAM pertaruh pengalaman Saifuddin

Iklan
FAM mengumumkan pelantikan Mohd Saifuddin sebagai setiausaha Agung yang baharu berkuat kuasa 1 September mengantikan Stuart Ramalingam yang kini Ketua Pegawai Eksekutif MFL.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar sebagai setiausaha Agung yang baharu berkuat kuasa 1 September mengantikan Stuart Ramalingam yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak (MFL).

"FAM percaya dengan pengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa serta latar belakang dan kelayakan yang dimilikinya, Mohd Saifuddin mampu membawa FAM ke tahap lebih tinggi sambil memenuhi aspirasi pemegang taruh.

Iklan
Iklan

"Selamat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah demi memartabatkan bola sepak negara," ujar FAM dalam satu kenyataan pada Isnin.

Untuk rekod, Mohd Saifuddin, 60, mula menceburi bidang tadbir urus bola sepak sebagai Pegawai Pembangunan Teknikal dan Remaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada 1991, sebelum menjawat tugas di pelbagai unit dalam FAM dari 1995 hingga 2003 termasuk sebagai Ketua Jabatan Pertandingan.

Iklan

Saifuddin kemudian menyertai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai Pegawai Pertandingan dan Pengurusan Acara Serantau dari 2003 hingga 2007.

Beliau yang berasal dari Melaka kemudian kembali ke FAM sebagai Penolong Setiausaha Agung dari 2007 hingga 2009 sebelum berhijrah ke Timur Tengah untuk menjadi Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League.

Iklan

Kemudiannya beliau berkhidmat pula sebagai perunding teknikal Oman FA dengan skop tugas selaku Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan dari 2012 hingga 2019, selain juga merupakan Komisioner Perlawanan FIFA dan AFC.