DUN Perak ucap tahniah kepada Peja

Iklan
Mohammad Zahir - Foto Urusetia Dewan Negeri Perak

IPOH - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan ucapan tersebut pada persidangan keempat DUN Perak ke-14 di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut Mohammad Zahir, pelantikan bekas Menteri Besar Perak itu diharapkan membawa manfaat kepada pembangunan sukan dan pengukuhan peranan serta institusi belia di negeri ini.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun merupakan antara muka baharu yang diberi kepercayaan menganggotai kabinet baharu.

Iklan

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada masa sama, Mohammad Zahir turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua ADUN kerana berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Iklan

Menurutnya, persidangan yang berlangsung sejak Rabu dilaksanakan sempurna serta berjaya mengelak sebarang insiden jangkitan Covid-19.

"Melalui penilaian risiko secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, penggunaan ruang utama Dewan Negeri telah dinilai semula dan dibenarkan semua Ahli Dewan Negeri untuk berada di dalam dewan utama pada persidangan hari ini.

"Saya mengharapkan agar semua ahli Yang Berhormat terus istiqamah dan konsisten untuk mematuhi SOP ditetapkan.

"Semua pintu Dewan Negeri akan dibuka sepanjang masa bagi memastikan pengaliran udara dapat dilakukan secara sempurna dan persidangan dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa memerlukan persidangan ditempohkan setiap empat jam seperti sebelumnya," katanya.