Mesyuarat jawatankuasa khas tentukan status Lembah Klang

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat bahawa Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

Bagaimanapun, katanya, ia akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.

Iklan
Iklan

"Sekali lagi saya sangat bangga dengan semua orang yang terlibat dan ini pencapaian luar biasa,” katanya dalam catatan di Facebook beliau pada Isnin.

Pada Ahad, Ismail Sabri berkata, kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus. - Bernama

Iklan
Iklan