Bekas Presiden IOC meninggal dunia

Iklan
Jacques Rogge - Foto AFP

PARIS - Bekas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge yang memegang jawatan itu selama 12 tahun meninggal dunia ketika berumur 79 tahun, menurut IOC pada Ahad.

Rogge merupakan presiden yang kelapan IOC iaitu dari tahun 2001 hingga 2013 dan tempatnya kemudian digantikan oleh Thomas Bach dari Jerman.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan oleh jawatankuasa Olimpik itu.

Beliau merupakan seorang doktor bedah ortopedik dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam perubatan sukan.

Iklan

Rogge pernah menjadi pemain ragbi yang mewakili negaranya, Belgium.

Beliau juga pernah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di bandar raya Mexico, Munich, Jerman Barat pada tahun 1972 dan Montreal, Kanada pada tahun 1976 dalam acara kapal layar.

Iklan

Rogge juga mengetuai Jawatankuasa Olimpik Eropah dari tahun 1989 hingga 2001 sebelum dipilih menjadi Presiden IOC menggantikan Juan Antonio Samaranch dari Sepanyol. - Agensi