Yee Khie hadiahkan pingat perak

Iklan
Jaguh powerlifting negara, Jong Yee Khie memenangi pingat perak dalam kategori 107 kilogram (kg) pada temasya Paralimpik Tokyo pada Isnin. -Foto Majlis Sukan Negara

GELANGGANG angkat berat sekali lagi menghadiahkan pingat buat kotinjen Malaysia apabila jaguh powerlifting negara, Jong Yee Khie memenangi pingat perak dalam kategori 107 kilogram (kg) pada temasya Paralimpik Tokyo pada Isnin.

Yee Khie melakukan angkatan 237kg pada angkatan kedua untuk memastikan pingat perak menjadi miliknya manakala emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245kg dan gangsa menjadi milik Razi Saman dari Iran dengan angkatan 231 kg.

Iklan
Iklan

Ia sekali gus menjadi pingat kedua dimenangi daripada gelanggang tersebut selepas rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin meraih emas dalam acara 72 kg pada Sabtu.