AL - HASAKAH - SYRIA. Remaja Britain Shamima Begum dari Bethnal Green yang melarikan diri ke Syria pada usia 15 tahun untuk menyertai militan Daesh kini 'hilang' dari kem pelarian yang menjadi tempat tinggalnya sebelum ini.
Shamima, 19, dan bayi lelakinya dilapor melarikan diri dari kem pelarian al-Hawl menuju ke Kem Roj yang terletak di sempadan Iraq berikutan ugutan bunuh yang diterimanya.
Iklan
Iklan
Para isteri pejuang Daesh di Kem al-Hawl mengatakan, Shamima telah mengkhianati dan memalukan perjuangan kumpulan itu susulan temuramah yang mendedahkan kehidupan kumpulan militan terbabit.
"Shamima menerima ancaman bunuh dan berasa takut akan keselamatan diri serta anak yang baharu dilahirkan.
"Dia seumpama selebriti yang sentiasa harus berjaga-jaga dan kini berdepan kecaman kerana berani memperkatakan tentang kehidupan Daesh," kata sebuah laporan, Shamima hanya boleh menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku.
Terdahulu, bapa Shamima, Ahmed Ali menggesa Britain untuk menerima kembali anak perempuannya kerana dia merupakan warga Britain dan sewajarnya dihukum di negara asalnya.
Kerajaan Britain pula mendakwa remaja terbabit berhak mendapat kerakyatan Bangladesh, namun Ahmed mendakwa Shamima bukan warganegara Bangladesh dan tidak dibenarkan masuk ke negara itu. - Dailymail
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Shamima Begum gesa Britain terima anaknya