Presiden Palestin, Menteri Pertahanan Israel bertemu di Ramallah

Iklan
Benny Gantz (kiri) dan Mahmoud Abbas (kanan)

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pada malam Ahad di bandar Ramallah di Tebing Barat, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai kanan Palestin.

Anggota jawatankuasa pusat parti Fatah yang dipimpin Abbas, Hussein al-Sheikh dalam satu kenyataan menyatakan Abbas bertemu dengan Gantz di Ramallah dan berbincang mengenai hubungan Israel-Palestin.

Iklan
Iklan

Pertemuan itu adalah yang pertama sejak tahun 2014, sejak rundingan damai antara kedua-dua pihak terhenti.

Gantz berbincang dengan Abbas mengenai meneruskan hubungan antara kedua-dua pihak dan meningkatkan ekonomi pihak berkuasa Palestin, lapor media Israel.

Iklan

Pada 20 Julai, Gantz menerusi Twitternya berkata:"pembinaan kepercayaan antara Israel dan pihak berkuasa Palestin akan memberi manfaat kepada ekonomi dan keselamatan seluruh rantau."

Proses damai Palestin-Israel terhenti sejak April 2014. Rundingan damai selama sembilan bulan yang ditaja Amerika Syarikat itu tidak membuah hasil berikutan perbezaan pendapat yang ketara mengenai isu persempadanan, keamanan dan penempatan Israel. - Bernama

Iklan