Tun Sakaran tokoh pemimpin disegani: Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai pada jam 6 pagi tadi. - Foto Facebook Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia pada Isnin sebagai seorang tokoh pemimpin yang disegani.

Mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan warga Sabah atas pemergiannya, Perdana Menteri berkata, Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu mempunyai sumbangan besar dalam pembangunan negara khususnya di Sabah merangkumi pelbagai aspek terutama dari segi sosioekonomi.

Iklan
Iklan

"Saya berasa amat dukacita apabila mendengar berita tentang pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai pada pukul 6 pagi tadi.

"Saya juga mendoakan agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampuni segala dosa, diterima amal soleh dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Iklan

Sakaran, 91, yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah kelapan dimasukkan ke Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu, Sabah sejak 18 Ogos lepas kerana disyaki dijangkiti Covid-19 sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pada 5.30 pagi Isnin.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017 itu memainkan peranan penting untuk negara dan Sabah khususnya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam. - Bernama

Iklan