Standards Malaysia hargai petugas barisan hadapan

Iklan
Wakil Standards Malaysia (kiri) bergambar bersama petugas barisan hadapan Hospital Serdang ketika menyerahkan sumbangan sempena sambutan ulang tahun Standards Malaysia yang ke-25.

SHAH ALAM - Jabatan Standards Malaysia (Standards Malaysia) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikannya menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah mengambil inisiatif memberikan bantuan kepada petugas barisan hadapan Hospital Serdang sebagai menghargai pengorbanan mereka.

Standards Malaysia berkata, program CSR itu dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun ke -25 penubuhannya iaitu pada 28 Ogos 1996.

Iklan
Iklan

"Standards Malaysia mengagih dan menyerahkan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan dan berharap program ini dapat membakar semangat supaya terus cemerlang dalam bidang tugas mereka.

"Sumbangan yang diberikan ialah barang makanan kering, roti, biskut dan minuman serta tidak ketinggalan barang-barang promosi Standards Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pengarah Standards Malaysia, Shaharul Sadri Alwi berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Hospital Serdang kerana tidak pernah lesu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, sambutan ulang tahun Standards Malaysia pada tahun ini bertemakan Standard dan Akreditasi: 25 Tahun Yang Cemerlang.

Iklan